Sunday, January 27, 2019

Jangan Buat Janji Manis


PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
28 Januari 2019

Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan membidas kenyataan akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan YB Datuk Seri  Aminuddin Harun menyatakan bahawa bukan mudah untuk Pakatan Harapan menunaikan segala janji dalam masa terdekat dalam artikel Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2019. Malah menyatakan bahawa penangguhan ini disebabkan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Jika Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan janji manifesto mengaku sahaja kesilapan. Tidak perlu menuduh kerajaan sebelum ini untuk mengelak tanggungjawab.

Untuk perhatian YAB Menteri Besar, Rakyat Negeri Sembilan telah jelas dapat menilai sejauh mana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan YB Datuk Seri Utama Hj. Muhammad bin Hasan membawa limpahan kejayaan buat Negeri Sembilan. Pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan kebajikan Rakyat telah diperhalusi dan ditadbir urus dengan cukup baik. Saya amat yakin YAB Menteri Besar mampu mengakui kenyataan ini kerana hasil sumbangan Tok Mat adalah bersifat tangible iaitu boleh dilihat dan dinilai kewujudannya.

Susulan itu, kita sarankan sila buat kajian secara teliti sebelum mengeluarkan Manifesto  Pilihanraya supaya dapat direalisasikan dengan efektif dan jangan sesekali menjadi alasan tersebut secara berulang dalam menutup kealpaan dan kebingungan dalam membawa pembangunan kepada Negeri Sembilan. Jangan terlupa Rakyat sedang menilai anda.


Terima kasih

RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN

No comments:

Post a Comment