RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
30 Januari 2019
JANGAN SAMPAI MB SENDIRI POTONG RUMPUT
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan membidas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan YB Datuk Seri Aminuddin Harun yang disuakan dalam portal online Utusan Malaysia pada 29 Januari 2019 bertajuk 'Jangan sampai MB sendiri potong rumput'
Dalam konteks kepimpinan, rakyat melihat dan menilai seseorang pemimpin bukan hanya sekadar berdasarkan kenyataan tetapi kredibiliti dalam menggerakkan pasukannya melaksanakan tanggungjawab ke atas rakyat dan negara. Sebagai pemimpin mungkin terasa bangga dengan kenyataan yang bersifat berbunga namun Rakyat tidak begitu mudah untuk mempercayainya.
Dalam isu ini, adalah sesuatu yang memalukan bagi sebuah kerajaan negeri yang begitu peka dalam mengutip pelbagai cukai namun lalai dalam tugasan sebenar. Namun saya berasa jangga di atas sifat YAB Menteri Besar yang melempar kenyataan lantang terus arah pihak berkuasa kerajaan tempatan sebaliknya Ahli Majlis yang dilantik oleh beliau sendiri dibiarkan tidur dalam selimut sutera. Kami sedar Ahli Majlis yang dilantik seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga kesejahteraan tetapi sifat kemanjaan lebih diutamakan memandangkan mereka ini jaguh Pakatan Harapan yang memperjuangkan parti dan bukannya Rakyat.
Kami amat berharap YAB Menteri Besar mengambil pendekatan yang lebih serius bagi memastikan Negeri Sembilan kekal sebagai destinasi kehidupan dan kesejahteraan yang terbaik sebagaimana yang telah dibentuk oleh kerajaan BN di bawah kepimpinan Tok Mat.
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN