Sunday, February 26, 2017

Pemuda MIC Negeri Sembilan bersama Pemuda MIC Bahagian Jempol




Sebagai menyokong keaktifan Pemuda MIC Bhg Jempol di bawah kepimpinan Cikgu Kumaresan, Pemuda MIC Negeri Sembilan dengan kerjasama Pemuda MIC Bhg Jempol  telah mengenalpasti dan membantu  beberapa  orang pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan dengan  membelikan pakaian sekolah untuk pelajar tersebut. Semoga bantuan ini mampu memberikan senyuman lebih manis bagi pelajar tersebut serta memantapkan keaktifan Pergerakan Pemuda MIC Bhg Jempol. Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan Saudara Ramis telah menyampaikan bantuan tersebut bersama Cikgu Kumaresh, saudara Saravanan dan Pemuda MIC Bhg Jempol ...terima kasih buat Pemuda MIC Bhg Jempol kerana bersama kami Pemuda MIC Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment