Thursday, September 28, 2017

Sumbangan Air kotak mineral kepada SJKT Convent,Seremban 2


  1. Pemuda MIC Negeri Sembilan  telah memberi sumbangan Air kotak mineral kepada SJKT Convent,Seremban 2 sempena Sukan Tahunan Sekolah



Program Tranformasi Minda Kanak-Kanak ke Arah Remaja Yang Sejahtera

Pemuda MIC Bahagian Jempol berjaya menganjurkan Program Tranformasi Minda Kanak-Kanak ke Arah Remaja Yang Sejahtera.
Seramai 100 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini. Kaunselor EN Ramachandran telah menyampaikan ceramah persediaan ke sekolah menengah. EN. Murlydaran Pegawai PPD Jempol Jeleb mewakili Tuan PPD Jempol Jelebu telah menyempurnakan perasmian penutup program ini. Turut hadir meyerikan program ini ialah En R. Krishnan Pengerusi Tetap MIC Jempol, En Ramasamy Setiausaha MIC Bahagian Jempol, En. R Pappanan Bendahari MIC Bahagian Jempol.
Setinggi penghargaan kepada Tuan MP Bharathidasan Guru Besar SJK T Dato K. Pathmanaban kerana membantu menguruskan program ini.




Wednesday, September 27, 2017

KENYATAAN MEDIA KARNIVAL DEEPAVALI 2017 NEGERI SEMBILAN


KENYATAAN MEDIA

KARNIVAL DEEPAVALI 2017 NEGERI SEMBILAN
Anjuran
PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN BERSAMA PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL DAN NGO

Salam Negaraku.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda MIC Negeri Sembilan dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Seremban dan Parti-parti komponen Barisan Nasional Negeri Sembilan bersama NGO tempatan  akan menganjurkan Karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan tahun ini. Karnival ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 7hb Hingga 17hb Oktober 2017 bertempat di Little India Seremban Jalan Lee Fong Yee.

Saya bagi pihak Pemuda MIC Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilalan dan Yang Berusaha Dato YDP Majlis Perbandaran Seremban atas kepercayaan dan keyakian yang diletak di atas Pemuda MIC NS dan telah memberi peluang untuk menganjurkan karnival Deepavali pada tahun ini.

Pemuda MIC NS berkomitted tinggi dan bertungkus lumus membuat kesemua persiapan untuk manjadikan karnival pada tahun ini mencatatkan satu penanda aras yang akan disanjung tinggi oleh semua pihak.

Tahun ini sebanyak 70 gerai berkeluasan  (kanopi 10X10) bersama Pentas Utama tetap akan disediakan di karnival ini. Perkara yang lebih memberangsangkan kepada para pengusaha yang bakal berniaga adalah tawaran sewa kedai telah pada tahun ini telah dikurangkan menjadikan sewa hanya RM 500 dan deposit RM 50. Justeru kami mempelawa peniaga-peniaga yang berminat untuk membuat permohonan bermula hari ini (27/09/2017). Tarikh tutup permohonan adalah pada 1hb Oktober 2017 sebelum jam 12.00 T/hari.

Kesemua permohonan akan disemak oleh pihak sekratariat dan sekiranya pemohon menepati segala syarat yang ditetapkan akan dipanggil untuk undian pada 1hb October 2017 jam 6.00petang. Sila rujuk borang permohonan untuk syarat-syarat permohonan dan maklumat lanjut.

Saya juga ingin merakamkan pengahargaan Pemuda MIC NS kepada Minnal FM yang sudi bersama kami di Karnival ini sebagai radio rasmi karnival.

Sepanjang karnival ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung di pentas utama bagi semua gelongan pengunjung.

Kesemua informasi program dan aktiviti karnival akan dihebahkan di Minnal FM serta muat naik di laman sosial.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa orang ramai untuk datang ramai-ramai ke karnival bagi memeriahkan suasana perayaan lagi.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada rakan kami myPPP, Makkal Sakti, IPF, Dewan Perniagaan India Negeri Sembilan  (YES) dan kesemua NGO yang memberikan sokongan dan petunjuk kepada kami.

Borang permohonan boleh didapati di alamat berikut :
Sekratariat Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2017
Ibu Pejabat Pemuda MIC Negeri sembilan
562-1, Tingkat 1,Jalan Tampin, Taman Bukit Emas, 70450 Senawang

Tel : ‭0 18 370 0700‬ (kiruba)
 ‭+60 16 259 1818‬ (kalai)

Sekian. Terima kasih.

Shanmugam Supramanium
Pengerusi Jawantankuasa Penganjur
karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan
Merangkap
Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan

Sidang Media dan Pelancaran Logo Karnival Deepavali 2017

Sidang Media dan Pelancaran Logo Karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan anjuran Pemuda MIC Negeri Sembilan bersama Komponen BN dan NGO. Karnival Deepavali pada tahun ini akan berlangsung bermula 7hb Oktober - 17hb Oktober 2017 di Jalan Datuk Lee Fong Yee, Little India Seremban.

Tuesday, September 26, 2017

PELANCARAN DAN PENGUMUMAN KARNIVAL DEEPAVALI 2017, SEREMBAN



Sunday, June 4, 2017

Bantuan Kebajikan

Pemuda MIC Negeri Sembilan telah menerima rayuan dari emak saudara kepada Ajit Kumar yang terlantar di Hospital Tunku Jaafar Seremban akibat terjatuh dari bangunan. Susulan itu kami telah mengusahakan bantuan bagi membiayai kos pembelian peralatan yang berharga RM 6800 bagi menjalani pembedahan beliau. Dengan bantuan Chief Thinalan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, En. Mahandran Ahli Lembaga Pelawat HTJ dan pihak hospital Tunku Jaafar Seremban telah berjaya mendapatkan bantuan kebajikan dari pihak HTJ  untuk memperoleh bantuan tersebut. Terima kasih juga buat Dato C. Siva Ketua Pemuda MIC Kebangsaan yang membawa isu ini kepada perhatian Pemuda MIC Negeri Sembilan. Kini Ajit Kumar telah menjalani pembedahan tersebut dan diharap dapat sembuh dengan segera seterusnya menjalani kehidupan yang normal. Pemuda MIC Negeri Sembilan akan sentiasa berusaha dalam merealisasikan keperluan dan kemahuan masyarakat India.

Sunday, March 5, 2017

GERAK GEMPUR SOSIAL PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN

Pemuda MIC Negeri Sembilan dengan kerjasama Pemuda MIC Bhg Kuala Pilah telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan Kampung Dioh.  Ianya merupakan program sumbangan Pemuda MIC kepada masyarakat. Pemuda MIC Negeri Sembilan telah turut menyumbangkan bola sepak padang dan bola futsal kepada Pemuda setempat sebagai menghargai keaktifan Pemuda MIC Bhg Kuala Pilah bekerjasama bersama Pemuda MIC Negeri Sembilan. Terima kasih saudara Ilaya Ketua Pemuda MIC Bhg Kuala Pilah, YBHG.  Dato Kalidas Ketua Bahagian dan semua Pemuda MIC Bhg Kuala Pilah. Pemuda MIC Negeri Sembilan sentiasa realiti dalam melaksanakan tanggungjawab kami kepada masyarakat.




Sunday, February 26, 2017

Pemuda MIC Negeri Sembilan bersama Pemuda MIC Bahagian Jempol




Sebagai menyokong keaktifan Pemuda MIC Bhg Jempol di bawah kepimpinan Cikgu Kumaresan, Pemuda MIC Negeri Sembilan dengan kerjasama Pemuda MIC Bhg Jempol  telah mengenalpasti dan membantu  beberapa  orang pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan dengan  membelikan pakaian sekolah untuk pelajar tersebut. Semoga bantuan ini mampu memberikan senyuman lebih manis bagi pelajar tersebut serta memantapkan keaktifan Pergerakan Pemuda MIC Bhg Jempol. Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan Saudara Ramis telah menyampaikan bantuan tersebut bersama Cikgu Kumaresh, saudara Saravanan dan Pemuda MIC Bhg Jempol ...terima kasih buat Pemuda MIC Bhg Jempol kerana bersama kami Pemuda MIC Negeri Sembilan.