PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
27 Julai 2020
Isu Bank melanjutkan Tempoh Moratorium yang berakhir September ini
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan menegaskan bahawa moratorium yang berakhir pada bulan September harus dilanjutkan bagi membantu perniagaan dan individu terjejas teruk akibat penularan COVID-19
Menurut Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, mengakui bank komersial mempunyai kemampuan untuk melanjutkan tempoh moratorium yang akan berakhir September ini.
Pakar berkata, kebarangkalian kerugian perlu ditanggung bank komersial diunjurkan pada kadar rendah, jika tempoh moratorium dilanjutkan secara menyeluruh.
Kerajaan Perikatan Nasional dibawah pimpinan YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN mampu menjaga dan memahami nadi rakyat yang kian bersusah untuk kembali hidup seperti sediakala.
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan menyeru agar campur tangan YAB dalam perkara ini mampu menyakinkan pihak bank agar melanjutkan tempoh moratorium.
Terima kasih
Yang Berkhidmat
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
Monday, July 27, 2020
Friday, April 19, 2019
Kenapa tawaran 2200 Tempat di Matrikulasi untuk pelajar India dikurangkan
PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
19 April 2019
Isu Matrikulasi yang melibatkan pelajar India
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan ingin mengetahui kenapa pelajar india tidak mendapat tempat untuk belajar di Matrikulasi walaupun mempunyai keputusan SPM yang Cemerlang.
Bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah pun berjanji 2200 tempat di Matrikulasi untuk pelajar India. Kenapa bilangan tawaran tersebut dikurangkan?
Bolehkah Kementerian Pendidikan mengeluarkan jumlah bilangan tempat yang ditawarkan kepada pelajar India ke kolej matrikulasi?Bagaimana dengan nasib pelajar yang tidak mendapat tempat sebaliknya mendapat keputusan cemerlang?
Apakah tahap fikiran begitu rendah sehingga Kementerian Pendidikan mengikut sangat arahan Menteri sehingga mengeluarkan kenyataan semata-mata hendak menutup ketidakupayaan Menteri. Pemberian tempat 2200 untuk pelajar India bukan on-off seperti yang tertera dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan.
Apakah tindakan 4 Menteri India yang berada dalam Kabinet Malaysia untuk kegagalan pelajar mendapat tempat di Matrikulasi?Masih mereka hendak bersandiwara demi kepentingan politik masing-masing.Mereka harus peka dan memastikan kepentingan dan kehendak mereka ditunaikan.Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan wajarlah keempat Menteri ini letak jawatan dan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku sekarang.
Adakah rayuan sahaja satu penyelesaian untuk masalah ini?
Kami berharap kerajaan Pakatan Harapan tidak harus berpolitik dalam hal ehwal pelajar India.
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab perlu memberi keutamaan kepada isu ini dan selesaikan dengan kadar segera supaya masa depan pelajar India terjamin.
Terima kasih
Yang Berkhidmat
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
Wednesday, March 20, 2019
Mesyuarat Pilihanraya Kecil Dun N27 Rantau
Mesyuarat Pilihanraya Kecil Dun N27 Rantau Pemuda MIC diadakan di Pejabat MIC Bahagian Rembau pada pukul 7.30pm.Mesyuarat di diketuai oleh Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan Sdr Ramis Balakrishnan.Ketua Pemuda MIC Kebangsaan Sdr Thinalan T.Rajagopalu, Timb.Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Sdr Subramaniam Balakrishnan bersama kepimpinan pemuda MIC Kebangsaan dan Negeri hadir ke mesyuarat ini.Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pemuda Makkal Sakthi Negeri Sembilan, Sdr Sasi. Sdr Kalaimugunthan,Timb Ketua Pemuda merangkap Ketua Pemuda MIC Rembau memberi penjelasan mengenai PRK Dun Rantau.Pelbagai isu dibincang dan sesi dialog bersama Pemuda parti dan NGO tempatan diadakan.Pemuda MIC komited dan akan berusaha untuk kemenangan Tok Mat di Dun Rantau.
#PemudaMIC
#TeamTokMat
Wednesday, January 30, 2019
JANGAN SAMPAI MB SENDIRI POTONG RUMPUT
PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
30 Januari 2019
Terima kasih
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
30 Januari 2019
JANGAN SAMPAI MB SENDIRI POTONG RUMPUT
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan membidas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan YB Datuk Seri Aminuddin Harun yang disuakan dalam portal online Utusan Malaysia pada 29 Januari 2019 bertajuk 'Jangan sampai MB sendiri potong rumput'
Dalam konteks kepimpinan, rakyat melihat dan menilai seseorang pemimpin bukan hanya sekadar berdasarkan kenyataan tetapi kredibiliti dalam menggerakkan pasukannya melaksanakan tanggungjawab ke atas rakyat dan negara. Sebagai pemimpin mungkin terasa bangga dengan kenyataan yang bersifat berbunga namun Rakyat tidak begitu mudah untuk mempercayainya.
Dalam isu ini, adalah sesuatu yang memalukan bagi sebuah kerajaan negeri yang begitu peka dalam mengutip pelbagai cukai namun lalai dalam tugasan sebenar. Namun saya berasa jangga di atas sifat YAB Menteri Besar yang melempar kenyataan lantang terus arah pihak berkuasa kerajaan tempatan sebaliknya Ahli Majlis yang dilantik oleh beliau sendiri dibiarkan tidur dalam selimut sutera. Kami sedar Ahli Majlis yang dilantik seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga kesejahteraan tetapi sifat kemanjaan lebih diutamakan memandangkan mereka ini jaguh Pakatan Harapan yang memperjuangkan parti dan bukannya Rakyat.
Kami amat berharap YAB Menteri Besar mengambil pendekatan yang lebih serius bagi memastikan Negeri Sembilan kekal sebagai destinasi kehidupan dan kesejahteraan yang terbaik sebagaimana yang telah dibentuk oleh kerajaan BN di bawah kepimpinan Tok Mat.
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
Sunday, January 27, 2019
Jangan Buat Janji Manis
PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
28 Januari 2019
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan membidas kenyataan akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan YB Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan bahawa bukan mudah untuk Pakatan Harapan menunaikan segala janji dalam masa terdekat dalam artikel Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2019. Malah menyatakan bahawa penangguhan ini disebabkan oleh Kerajaan BN sebelum ini.
Jika Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan janji manifesto mengaku sahaja kesilapan. Tidak perlu menuduh kerajaan sebelum ini untuk mengelak tanggungjawab.
Untuk perhatian YAB Menteri Besar, Rakyat Negeri Sembilan telah jelas dapat menilai sejauh mana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan YB Datuk Seri Utama Hj. Muhammad bin Hasan membawa limpahan kejayaan buat Negeri Sembilan. Pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan kebajikan Rakyat telah diperhalusi dan ditadbir urus dengan cukup baik. Saya amat yakin YAB Menteri Besar mampu mengakui kenyataan ini kerana hasil sumbangan Tok Mat adalah bersifat tangible iaitu boleh dilihat dan dinilai kewujudannya.
Susulan itu, kita sarankan sila buat kajian secara teliti sebelum mengeluarkan Manifesto Pilihanraya supaya dapat direalisasikan dengan efektif dan jangan sesekali menjadi alasan tersebut secara berulang dalam menutup kealpaan dan kebingungan dalam membawa pembangunan kepada Negeri Sembilan. Jangan terlupa Rakyat sedang menilai anda.
Terima kasih
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
Monday, December 31, 2018
U-Turn lagi!!! Penetapan harga petrol, diesel mingguan ditangguh sementara
PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
31 Disember 2018
Pada 24 Disember lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan hanya akan dilaksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019.
Hari ini kerajaan Pakatan Harapan menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan hanya akan dilaksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata buat masa ini harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter.
Guan Eng berkata penangguhan ini adalah selepas mengambil maklum balas beberapa pihak berwajib.
“Kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Petroleum Dealers Association of Malaysia(PDAM) yang menentang penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.
Mekanisma yang sama digunakan semasa pemerintahan Barisan Nasional dan tiada penutupan stesen minyak.
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat berkhidmat untuk rakyat atau PDAM.
Harap kerajaan buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Terima kasih
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
Tahniah Tok Mat
PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
19 Disember 2018
Kami Pemuda ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan (Tok Mat) atas pemangkuan jawatan Presiden UMNO.
Kewibawaan Tok Mat mengembalikan kepercayaan akar umbi ahli UMNO dan berfungsi lebih efektif sebagai pembangkang. Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan mempercayai Tok Mat akan menangani perubahan arus politik dengan mengambil langkah sewajar untuk mengekalkan semangat setiakawan Barisan Nasional.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas bimbingan dalam perjuangan Barisan Nasional.
Terima kasih
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
Subscribe to:
Posts (Atom)