PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
19 April 2019
Isu Matrikulasi yang melibatkan pelajar India
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan ingin mengetahui kenapa pelajar india tidak mendapat tempat untuk belajar di Matrikulasi walaupun mempunyai keputusan SPM yang Cemerlang.
Bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah pun berjanji 2200 tempat di Matrikulasi untuk pelajar India. Kenapa bilangan tawaran tersebut dikurangkan?
Bolehkah Kementerian Pendidikan mengeluarkan jumlah bilangan tempat yang ditawarkan kepada pelajar India ke kolej matrikulasi?Bagaimana dengan nasib pelajar yang tidak mendapat tempat sebaliknya mendapat keputusan cemerlang?
Apakah tahap fikiran begitu rendah sehingga Kementerian Pendidikan mengikut sangat arahan Menteri sehingga mengeluarkan kenyataan semata-mata hendak menutup ketidakupayaan Menteri. Pemberian tempat 2200 untuk pelajar India bukan on-off seperti yang tertera dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan.
Apakah tindakan 4 Menteri India yang berada dalam Kabinet Malaysia untuk kegagalan pelajar mendapat tempat di Matrikulasi?Masih mereka hendak bersandiwara demi kepentingan politik masing-masing.Mereka harus peka dan memastikan kepentingan dan kehendak mereka ditunaikan.Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan wajarlah keempat Menteri ini letak jawatan dan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku sekarang.
Adakah rayuan sahaja satu penyelesaian untuk masalah ini?
Kami berharap kerajaan Pakatan Harapan tidak harus berpolitik dalam hal ehwal pelajar India.
Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab perlu memberi keutamaan kepada isu ini dan selesaikan dengan kadar segera supaya masa depan pelajar India terjamin.
Terima kasih
Yang Berkhidmat
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN