Memandangkan kerajaan
tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50
seliter, apakah rasional janji manis dalam PRU 14. Perkara yang membimbangkan
adalah Manifesto Pakatan Harapan tinggal manifesto sahaja malahan tiada
inisiatif untuk pelaksanaan
Harga RON95 masih kekal sama seperti harga zaman
Najib Razak. Maka, inilah antara mitos janji Pakatan Harapan yang berjaya
menipu rakyat. Pakatan Harapan hanya melihat cara bagaimana mengambil alih
kerajaan pusat. Maka, segala tomahan dan janji manis ditujukan kepada rakyat
sehingga fitnah dilihat sebagai fakta oleh beberapa pihak sehingga hari ini.
Rakyat hanya
memerlukan tindakan segera dan bukan alasan untuk melewatkan pelaksanaan manifesto
Pakatan Harapan. Harap pihak kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji yang
diberikan tanpa kelawatan. Ingat
seruhan Dato Seri Anwar Ibrahim “ Hari ini kita ambil alih esok harga minyak
turun.” dalam satu ceramah umum.
Ramis
Balakrishnan
Pemuda MIC
Negeri Sembilan
25 Oktober
2018