Monday, December 31, 2018

U-Turn lagi!!! Penetapan harga petrol, diesel mingguan ditangguh sementara

PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release 
31 Disember 2018

Pada 24 Disember lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan hanya akan dilaksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019. 

Hari ini kerajaan Pakatan Harapan menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan hanya akan dilaksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata buat masa ini harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Guan Eng berkata penangguhan ini adalah selepas mengambil maklum balas beberapa pihak berwajib.

“Kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Petroleum Dealers Association of Malaysia(PDAM) yang menentang penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

Mekanisma yang sama digunakan semasa pemerintahan Barisan Nasional dan tiada penutupan stesen minyak.

Kerajaan yang dipilih oleh rakyat berkhidmat untuk rakyat atau PDAM.

Harap kerajaan buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Terima kasih

RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN

Tahniah Tok Mat

PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release 
19 Disember 2018

Kami Pemuda ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan (Tok Mat) atas pemangkuan jawatan Presiden UMNO.
Kewibawaan Tok Mat mengembalikan kepercayaan akar umbi ahli UMNO dan berfungsi lebih efektif sebagai pembangkang. Kami Pemuda MIC Negeri Sembilan mempercayai Tok Mat akan menangani perubahan arus politik dengan mengambil langkah sewajar untuk mengekalkan semangat setiakawan Barisan Nasional.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas bimbingan dalam perjuangan Barisan Nasional.

Terima kasih

RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN


Monday, December 3, 2018

Kenyataan Media Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan berhubung komen Presiden PERKASA




PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release 
04 December 2018

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali meminta mengurangkan jumlah menteri India dalam Kabinet dibawah bimbingan Tun Dr Mahathir. 
Kami Pemuda MIC berasa kenyataan sebegini tidak menyumbang kepada kemajuan negara. 
4 Menteri penuh dan 1 Timbalan Menteri menjadi wakil India dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Soalan populasi kaum tidak harus dijadikan pengukur untuk melantik Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet.

Hubungan baik Tun Dr Mahathir dan Datuk Ibrahim Ali sedia maklum. Adakah ini sandiwara Tun Dr Mahathir yang ingin mengurangkan jumlah Menteri India dalam kabinet lalu menggunakan Datuk Ibrahim Ali untuk mendesak mengurangkan jumlah Menteri India dalam kabinet. 

Sebagaimana sedia maklum, lantikan  YB Waythamoorthy sebagai Ahli Dewan Negara akan tamat selepas 3 tahun dan tidak dapat menyambung tempoh lantikan. Sehubungan itu, kami berharap 1 lagi Wakil Rakyat India akan dilantik bagi menggantikan beliau selepas tamat tempoh Senator beliau.

Terima kasih

RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN

Monday, November 19, 2018

BELUM TIBA DETIK BAGI UMNO DAN PAS BERGABUNG SEBAGAI SEBUAH PARTI TUNGGAL, KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN

Kepintaran dan kebijaksanaan politik bukan hanya terletak pada kedudukan semata mata sebaliknya ketajaman dan penguasaan emosi secara komperehensif adalah penjenamaan sebenar bagi seseorang pemimpin. Dalam konteks ini Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hasan atau pemimpin kami kagumi dengan gelaran Tok Mat adalah cermin sebenar bagi kami sebagai seorang pemimpin yang realistik mengikut acuan pembangunan negara serta mempunyai keupayaan dalam membawa rumpun kesatuan yang teguh dikalangan Rakyat Malaysia. Saya bagi mewakili Pergerakan Pemuda MIC Negeri Sembilan menabik hormat ke atas kenyataan Tok Mat berhubung pendirian beliau yang tidak setuju bagi UMNO dan PAS bergabung sebagai satu parti sebagaimana yang dilaporkan dalam BH On-line bertarikh 19 Nov 2018.
Saya amat menghormati PAS sebagai rakan blok pembangkang serta komitmen PAS yang kian dilihat lebih terbuka dalam memperjuangkan kebajikan warga bukan Islam di negara ini. Perkara ini lebih jelas apabila President MIC YDP Tan Sri Dato Sri SA Vikneswaran telah memperkukuhkan jalinan politik dengan PAS demi aliran pola politik yang lebih mantap. Walau bagaimanapun, ianya masih belum menjadi tanda yang signifikan bagi penerimaan UMNO dan PAS sebagai satu parti tunggal khususnya dikalangan anak muda berbangsa India. Genggaman UMNO dan MIC begitu erat melampaui lebih 60 tahun dan telah bersama sama mengharungi segala liku dunia politik demi kesejahteraan Rakyat serta pembangunan negara sehingga ke tahap yang digeruni pada hari ini.
Justeru, dugaan politik yang melanda BN pada hari ini adalah hasil kekejaman media moden yang mempesongkan realiti sebenar dan menjadi pahat yang mengikis ketelusan BN dalam membela Rakyat. Oleh itu, usah kita terlalu menghitung kerakusan tersebut sehingga menenggelamkan personaliti BN yang sebenar. Disamping itu, pada pendapat saya secara peribadi kami masih belum boleh menerima rakan akrab kami UMNO untuk bergabung bersama PAS sebagai satu parti.  Ianya akan membawa ketidakfahaman yang lebih parah di kalangan parti komponen khususnya di peringkat akar umbi. Oleh itu,  kita perlu memberikan masa yang lebih realistik bagi membincangkan penyatuan tersebut lebih lebih lagi dalam kekusutan politik sekarang. Tumpuan yang lebih nyata perlu ke arah penjenamaan BN sebagai tonggak pembela Rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.
Sehubungan itu, kenyataan Tok Mat adalah pendirian yang profesional demi langkah pengukuhan semula BN dengan penelitian yang mendalam bagi menghadapi dugaan dan cabaran politik akan datang. Pastinya melalui percaturan yang bijak BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Tok Mat penguasaan Putrajaya pasti menjadi milik kita BN.

RAMIS BALAKRISHNAN
Ketua Pemuda
MIC Negeri Sembilan

Friday, November 16, 2018

Kenyataan Media Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan


PRESS STATEMENT
RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN
For immediate release
16.11.18

Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memerintahkan bahawa kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan sebagai kosong dan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pada pilihan raya umum ke-14 lalu adalah tidak sah.

Jasa Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat di Negeri Sembilan tidak dapat dilupakan. Sumbangan Tok Mat dalam pembangunan Negeri Sembilan dapat dilihat selama sepanjang pemerintahan beliau.

Kini Umno akan meletakkan penyandang asal kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau, Tok Mat sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya semula yang akan diadakan.

Pergerakan Pemuda MIC Negeri Sembilan akan terus berjuang bersama pemimpin yang berjiwa rakyat ini supaya terus mengekalkan kemenangan di PRK DUN Rantau (N27). Masyarakat India tidak dapat menafikan sumbangan beliau dalam pemberian tanah kepada Kuil, pemberian tanah kepada sekolah Tamil dan isu kebajikan. Kerajaan dibawa Tok Mat tidak meminggirkan kaum India malah bantu selesaikan setiap masalah mereka dengan sedaya upaya

Anak Jati Rantau ini sentiasa dapat sokongan penduduk tempatan DUN Rantau dan Warga Negeri Sembilan.

Terima kasih

RAMIS BALAKRISHNAN
KETUA PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN

Wednesday, October 24, 2018

HARI INI KITA AMBIL ALIH ESOK HARGA MINYAK TURUN?



Memandangkan kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50 seliter, apakah rasional janji manis dalam PRU 14. Perkara yang membimbangkan adalah Manifesto Pakatan Harapan tinggal manifesto sahaja malahan tiada inisiatif untuk pelaksanaan
Harga RON95 masih kekal sama seperti harga zaman Najib Razak. Maka, inilah antara mitos janji Pakatan Harapan yang berjaya menipu rakyat. Pakatan Harapan hanya melihat cara bagaimana mengambil alih kerajaan pusat. Maka, segala tomahan dan janji manis ditujukan kepada rakyat sehingga fitnah dilihat sebagai fakta oleh beberapa pihak sehingga hari ini.
            Rakyat hanya memerlukan tindakan segera dan bukan alasan untuk melewatkan pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan. Harap pihak kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji yang diberikan tanpa kelawatan. Ingat seruhan Dato Seri Anwar Ibrahim “ Hari ini kita ambil alih esok harga minyak turun.” dalam satu ceramah umum.

Ramis Balakrishnan
Pemuda MIC Negeri Sembilan
25 Oktober 2018

Sunday, February 25, 2018

JR Plus Pemuda MIC Bhg Jempol

JR PLUS
25/02/18
PEMUDA MIC BAHAGIAN JEMPOL menjalankan JR PLUS di PDM Mahsan, DUN Serting.



Sunday, February 18, 2018

Kasih Sayang Pemuda MIC Bhg Jempol

Happy Valentine's Day
Pemuda MIC Bahagian Jempol menyambut Valentine's Day bersama anak anak dari Pusat Penjagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Jiwa Kehidupan. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk berkongsi kasih sayang bersama anak anak di pusat jagaan berkenaan.
Terima kasih kepada semua yang hadir.





Jalinan Rakyat Pemuda MIC Bhg Jempol

JR Plus
Pemuda MIC Bahagian Jempol menjalankan bancian sikap di Lokaliti Taman Megah, DUN Serting









Program Ziarah Kasih di Titi,Jelebu

Program Ziarah Kasih di Titi,Jelebu bersama Ybg Tuan Seet Tee Gee Ketua MCA Bhg Jelebu. Beliau beramah mesra bersama penduduk Titi.
Turut hadir Pemuda MIC Bhg Jelebu
#N01
#DUNChennah
#TeamTokMat
#Haki4Chennah