- Pemuda MIC Negeri Sembilan telah memberi sumbangan Air kotak mineral kepada SJKT Convent,Seremban 2 sempena Sukan Tahunan Sekolah
Thursday, September 28, 2017
Sumbangan Air kotak mineral kepada SJKT Convent,Seremban 2
Program Tranformasi Minda Kanak-Kanak ke Arah Remaja Yang Sejahtera
Pemuda MIC Bahagian Jempol berjaya menganjurkan Program Tranformasi Minda Kanak-Kanak ke Arah Remaja Yang Sejahtera.
Seramai 100 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini. Kaunselor EN Ramachandran telah menyampaikan ceramah persediaan ke sekolah menengah. EN. Murlydaran Pegawai PPD Jempol Jeleb mewakili Tuan PPD Jempol Jelebu telah menyempurnakan perasmian penutup program ini. Turut hadir meyerikan program ini ialah En R. Krishnan Pengerusi Tetap MIC Jempol, En Ramasamy Setiausaha MIC Bahagian Jempol, En. R Pappanan Bendahari MIC Bahagian Jempol.
Setinggi penghargaan kepada Tuan MP Bharathidasan Guru Besar SJK T Dato K. Pathmanaban kerana membantu menguruskan program ini.
Seramai 100 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini. Kaunselor EN Ramachandran telah menyampaikan ceramah persediaan ke sekolah menengah. EN. Murlydaran Pegawai PPD Jempol Jeleb mewakili Tuan PPD Jempol Jelebu telah menyempurnakan perasmian penutup program ini. Turut hadir meyerikan program ini ialah En R. Krishnan Pengerusi Tetap MIC Jempol, En Ramasamy Setiausaha MIC Bahagian Jempol, En. R Pappanan Bendahari MIC Bahagian Jempol.
Setinggi penghargaan kepada Tuan MP Bharathidasan Guru Besar SJK T Dato K. Pathmanaban kerana membantu menguruskan program ini.
Wednesday, September 27, 2017
KENYATAAN MEDIA KARNIVAL DEEPAVALI 2017 NEGERI SEMBILAN
KARNIVAL DEEPAVALI 2017 NEGERI SEMBILAN
Anjuran
PEMUDA MIC NEGERI SEMBILAN BERSAMA PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL DAN NGO
Salam Negaraku.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda MIC Negeri Sembilan dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Seremban dan Parti-parti komponen Barisan Nasional Negeri Sembilan bersama NGO tempatan akan menganjurkan Karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan tahun ini. Karnival ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 7hb Hingga 17hb Oktober 2017 bertempat di Little India Seremban Jalan Lee Fong Yee.
Saya bagi pihak Pemuda MIC Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilalan dan Yang Berusaha Dato YDP Majlis Perbandaran Seremban atas kepercayaan dan keyakian yang diletak di atas Pemuda MIC NS dan telah memberi peluang untuk menganjurkan karnival Deepavali pada tahun ini.
Pemuda MIC NS berkomitted tinggi dan bertungkus lumus membuat kesemua persiapan untuk manjadikan karnival pada tahun ini mencatatkan satu penanda aras yang akan disanjung tinggi oleh semua pihak.
Tahun ini sebanyak 70 gerai berkeluasan (kanopi 10X10) bersama Pentas Utama tetap akan disediakan di karnival ini. Perkara yang lebih memberangsangkan kepada para pengusaha yang bakal berniaga adalah tawaran sewa kedai telah pada tahun ini telah dikurangkan menjadikan sewa hanya RM 500 dan deposit RM 50. Justeru kami mempelawa peniaga-peniaga yang berminat untuk membuat permohonan bermula hari ini (27/09/2017). Tarikh tutup permohonan adalah pada 1hb Oktober 2017 sebelum jam 12.00 T/hari.
Kesemua permohonan akan disemak oleh pihak sekratariat dan sekiranya pemohon menepati segala syarat yang ditetapkan akan dipanggil untuk undian pada 1hb October 2017 jam 6.00petang. Sila rujuk borang permohonan untuk syarat-syarat permohonan dan maklumat lanjut.
Saya juga ingin merakamkan pengahargaan Pemuda MIC NS kepada Minnal FM yang sudi bersama kami di Karnival ini sebagai radio rasmi karnival.
Sepanjang karnival ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung di pentas utama bagi semua gelongan pengunjung.
Kesemua informasi program dan aktiviti karnival akan dihebahkan di Minnal FM serta muat naik di laman sosial.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa orang ramai untuk datang ramai-ramai ke karnival bagi memeriahkan suasana perayaan lagi.
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada rakan kami myPPP, Makkal Sakti, IPF, Dewan Perniagaan India Negeri Sembilan (YES) dan kesemua NGO yang memberikan sokongan dan petunjuk kepada kami.
Borang permohonan boleh didapati di alamat berikut :
Sekratariat Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2017
Ibu Pejabat Pemuda MIC Negeri sembilan
562-1, Tingkat 1,Jalan Tampin, Taman Bukit Emas, 70450 Senawang
Tel : 0 18 370 0700 (kiruba)
+60 16 259 1818 (kalai)
Sekian. Terima kasih.
Shanmugam Supramanium
Pengerusi Jawantankuasa Penganjur
karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan
Merangkap
Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan
Sidang Media dan Pelancaran Logo Karnival Deepavali 2017
Sidang Media dan Pelancaran Logo Karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan anjuran Pemuda MIC Negeri Sembilan bersama Komponen BN dan NGO. Karnival Deepavali pada tahun ini akan berlangsung bermula 7hb Oktober - 17hb Oktober 2017 di Jalan Datuk Lee Fong Yee, Little India Seremban.
Tuesday, September 26, 2017
PELANCARAN DAN PENGUMUMAN KARNIVAL DEEPAVALI 2017, SEREMBAN

JEMPUTAN
PELANCARAN DAN PENGUMUMAN KARNIVAL DEEPAVALI 2017, SEREMBAN
Salam Negaraku.
Pemuda MIC Negeri Sembilan dengan kerjasama Parti Komponen BN Negeri Sembilan dan NGO akan mengadakan Karnival Deepavali 2017 peringkat Negeri Sembilan bermula 7hb hingga 17 Oktober 2017. Justeru satu sidang media khas akan diadakan pada 27hb September 2017, Rabu 1.00 T/Hari bertempat di Bilik Seminar Wisma MIC NS. Semoga kehadiran pihak Tuan/ Puan akan memberikan kami semangat dan iltizam yang lebih komprehensif. Sekian.
Shanmugam Supramanium
Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan
Sekratariat Karnival Deepavali 2017 Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)